My Add

Friday, 23 November 2012

Jangan pandang remeh usaha solat hajat , doa bantu Palestin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 2012: Umat Islam negara ini dinasihat tidak memandang remeh usaha membantu penduduk Gaza di Palestin yang sedang dizalimi dengan cara bersolat hajat dan berdoa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat hajat dan doa merupakan senjata ampuh kaum mukmin dan apa yang diminta tidak mustahil tertunai dengan kuasa Allah SWT.

"Mungkin ada yang beranggapan tidak jadi apa hanya dengan berdoa dan solat hajat berbanding dengan bantuan lain, namun kita sebagai orang Islam perlu berdoa, solat beserta dengan apa sahaja usaha yang ada untuk mencapai sesuatu matlamat itu," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment