My Add

Friday 23 November 2012

JPS terbit buku manual panduan wajib pelaksanaan projek pembangunan
GEORGETOWN, JUMAAT, 23 November, 2012: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menerbitkan buku Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) edisi kedua yang dijadikan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemaju projek pembangunan di negara ini. 

Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Nor Azazi Zakaria berkata buku panduan tersebut menetapkan sebarang projek melibatkan saliran bandar harus mengikuti syarat-syarat reka bentuk dalam buku manual itu sebelum mendapat kelulusan. 

Beliau berkata manual yang mengandungi 20 bab itu mengandungi tatacara pengurusan air hujan, pengendalian struktur hidraulik, kawalan kualiti air semasa proses pembinaan, kawalan endapan serta hakisan tanah, perancangan mengurus sungai dan seumpamanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment