My Add

Friday 23 November 2012

Rayuan pendakwaan: Pengurusan kes 15 Februari

PUTRAJAYA, JUMAAT, 23 November, 2012: Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 15 Februari tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N. Kanageswari.

Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Ram Karpal Singh. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment