My Add

Saturday 24 November 2012

Jual air: Kedah enggan mengalah

ALOR SETAR, JUMAAT, 23 November, 2012: Kerajaan Pas Kedah tidak akan mengalah dengan negeri sekutunya untuk menjual bekalan air mentah meskipun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan bertegas tidak mahu membuat bayaran pembelian yang dianggarkan berjumlah RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, perbincangan berhubung perkara itu telah diadakan di peringkat pegawai antara kedua-dua buah negeri.

Katanya, dalam pertemuan dengan Guan Eng baru-baru ini, Ketua Menteri itu meminta perkara berkenaan dibawa kepada perbincangan antara 'kerajaan negeri dengan kerajaan negeri' memandangkan telah dibincangkan di peringkat pegawai.

"Insya-Allah bulan depan kerajaan negeri Kedah dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi akan mengadakan perbincangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment