My Add

Saturday 24 November 2012

P ulau Pinang nafi pernah setuju bayar beli air

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 November, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju membuat bayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan berkenaan Belanjawan 2013 negeri Kedah yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan (DUN) Selasa lalu yang menyatakan negeri itu akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta menerusi urusan jualan air tersebut.

"Setakat ini, tidak ada Exco kerajaan negeri Kedah yang berjumpa dengan saya bagi membincangkan isu pembayaran air.

"Tidak dinafikan ada pegawai daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) bertemu dengan Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu baru-baru ini, namun tiada sebarang keputusan dibuat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment