My Add

Monday 26 November 2012

Kafe teknologi moden masa depan

*ORANG ramai yang hadir untuk melihat keunikan setiap gerai pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2012 anjuran MARDI di Serdang, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/MOHD AZIM ABD RAHMAN

Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Teknokafe, konsep sistem dapur pusat menggunakan peralatan moden dan teknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2012 hari ini.

Kelainan Teknokafe daripada kafe lain adalah penggunaan teknologi pemprosesan moden dan pengurusan operasi yang teratur bagi memastikan penyediaan makanan yang berkualiti dan dijamin tahap keselamatannya.

MARDI dalam kenyataannya berkata, Teknokafe dihasilkan bagi memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri bagaimana pemprosesan produk makanan dilakukan menggunakan teknologi dan mesin.

"Mesin-mesin yang digunakan dalam Teknokafe adalah mesin pemprosesan mini murtabak, keropok lekor, pembakar sate, karipap dan buah-buahan," ujar kenyataan tersebut.

Turut hadir pada majlis perasmian kafe tersebut ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman.

Selain itu, Muhyiddin turut menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara MARDI dengan Syarikat Waldania Automation Sdn. Bhd. bagi pelesenan teknologi, Mesin Semaian Anak Benih (Tray Seeder) serta teknologi Penabur Baja Berbutir Bergalas dengan syarikat Nafas Jentera Sdn. Bhd.

Timbalan Perdana Menteri juga merasmikan Mini Kilang Kuih Nanas 1Malaysia di Laman Nanas.

Syarikat tempatan, Biotechnology Diversified Industries Sdn. Bhd. menggunakan teknologi dari Taiwan bagi menghasilkan Kuih Nanas 1Malaysia yang bermutu dengan pantas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment