My Add

Monday 26 November 2012

MAHA dikunjungi 532,318 orang dalam masa dua hari

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Hanya selepas dua hari diadakan, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2012 berjaya menarik seramai 532,318 pengunjung.

Melihat kepada penerimaan memberangsangkan orang ramai terhadap pameran tersebut, jumlah pengunjung pada hari ketiga hari ini yang juga cuti hujung minggu dijangka mencecah sejuta orang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai dari dalam dan luar bandar mengambil kesempatan mengunjungi MAHA bersama-sama keluarga bagi melihat, mengetahui dan membeli-belah produk-produk pertanian, penternakan, hortikultur serta agropelancongan.

Pelbagai laman telah disediakan di sini dan yang mendapat sambutan adalah seperti laman sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan, input pertanian, jentera dan sebagainya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment