My Add

Saturday 17 November 2012

Kastam Hong Kong rampas gading gajah $1.4 juta dolar

HONG KONG, JUMAAT, 16 November, 2012:: Kastam Hong Kong merampas gading gajah kedua terbesar yang dibawa masuk secara haram dalam tempoh kurang sebulan selepas menemui lebih satu tan organ gajah berkenaan bernilai $1.4 juta dolar, kata pegawai hari ini.

Pegawai itu menemui 569 keping gading seberat 1,330 kilogram semalam dalam kontena yang dihantar ke pelabuhan pulau berkenaan.

Komander Kastam Hong Kong, Vincent Wong berkata, pihaknya mencari kontena dari Tanzania dan menemui 45 beg berisi gading yang belum diproses dan digilap tersorok di antara 400 beg biji bunga matahari.

Penyeludup menggunakan laluan tidak langsung dengan menghantar gading itu menerusi Dubai dan dipindahkan ke satu kapal ke kapal lain. - AP

No comments:

Post a Comment