My Add

Friday 9 November 2012

Keadaan banjir di lima negeri beransur baik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Keadaan banjir di Johor dan Melaka beransur baik dengan mangsa yang tinggal di pusat pemindahan semakin berkurangan, menurut laporan portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Di Johor, seramai 498 orang berada di lapan pusat pemindahan banjir sehingga petang ini berbanding 1,095 orang pada sebelah pagi, dan di Melaka hanya 61 orang berbanding 134 orang pagi tadi.

Di Perak, yang masih berada di pusat pemindahan ialah 134 orang, Selangor (983 orang ) dan Negeri Sembilan (34 orang), tidak berubah sejak pagi tadi, menurut MKN.

Sehingga petang ini hanya 1,710 orang masih berada di pusat pemindahaan berbanding 2,380 mangsa banjir di sebelah pagi.

Tiada penutupan jalan dan korban mangsa banjir dilaporkan sejak enam hari lalu dan sehingga kini seramai 670 mangsa banjir balik ke rumah masing-masing.

Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di sungai utama di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang masih melebihi aras amaran, manakala paras air di Sarawak telah melebihi aras bahaya dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu diminta berjaga-jaga.

Menurut portal itu, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat masih melebihi paras amaran dengan bacaan 5.39 meter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment