My Add

Sunday 25 November 2012

Kebakaran kilang pakaian di Bangladesh, 120 pekerja rentung

DHAKA, ahad, 25 Nov.ember, 2012: Sekurang-kurangnya 120 orang pekerja rentung dalam satu kebakaran besar di sebuah kilang pakaian di kawasan perindustrian di sini, semalam.

Ketua Pengarah Pasukan Bomba, Abu Nayeem Mohammad Shahidullah berkata, kebakaran memusnahkan kilang pakaian setinggi sembilan tingkat itu di kawasan perindustrian Ashulia, dipercayai bermula di bahagian tingkat bawah.

“Api merebak dengan cepat menyebabkan beratus-ratus pekerja terperangkap dalam kebakaran terbabit.

“Kami menemukan 120 mayat setakat pagi hari ini dan angka kematian dijangka meningkat," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment