My Add

Monday 26 November 2012

Kebakaran terbaru ketika berkabung untuk pekerja kilang pakaian

DHAKA, ISNIN, 26 November, 2012: Anggota bomba dan penyelamat Bangladesh bertungkus lumus memadamkan kebakaran terbaru di kilang pakaian hari ini ketika negara itu membuat persiapan berkabung untuk sehari selepas kematian 110 pekerja dalam kebakaran hujung minggu lalu yang disifatkan terburuk dalam industri eksport.

Kebakaran terbaru itu membabitkan kemudahan 12 tingkat di luar Dhaka dengan beberapa pekerja terperangkap di atas bumbung yang menunjukkan keadaan bahaya ditempuh beribu-ribu pekerja yang mendapat gaji rendah.

"Ia seperti kebakaran besar. Pasukan kami baru tiba dan bekerja keras untuk memadamkan kebakaran," kata pegawai kanan bomba, Zakir Hossain. - AFP

No comments:

Post a Comment