My Add

Tuesday 6 November 2012

Kebebasan beragama bukan mutlak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Kebebasan beragama sebagaimana dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan suatu yang mutlak kerana tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.

Katanya, Perkara 11 (4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

“Sebagai sebuah negara bukan sekular dan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment