My Add

Thursday, 29 November 2012

Kehadiran pemimpin Sri Lanka ditentang

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Kaukus Parlimen Malaysia berhubung Pencabulan Hak Asasi Kemanusiaan di Sri Lanka menentang sekeras-kerasnya kehadiran mana-mana pemimpin kerajaan Sri Lanka ke negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pendirian tersebut adalah berikutan pencabulan hak asasi kemanusiaan oleh kerajaan Sri Lanka terhadap etnik Tamil di negara berkenaan.

"Kita bersetuju mewujudkan kaukus ini kerana etnik Tamil merupakan sebahagian daripada Malaysia dan di luar negara India, Malaysia adalah negara kedua terbesar yang didiami etnik Tamil.

"Kita menentang sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia yang telah pun dibatalkan dan akan terus menentang kehadiran pemimpin kerajaan Sri Lanka atau pun bekas pemimpin ke negara kita," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, penubuhan kaukus tersebut bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk merealisasikan usul menyiasat tindakan pencerobohan hak asasi kemanusiaan oleh kerajaan Sri Lanka yang telah diluluskan.

"Tujuan kaukus ini untuk membuat pemantauan berterusan berkenaan pelaksanaan usul PBB itu dan kita berhasrat menghantar surat kepada PBB untuk bertanya apakah tindakan yang telah oleh badan dunia itu," katanya.

Jelan beliau kaukus tersebut dianggotai oleh 25 Ahli Parlimen dan menerima sokongan daripada kerajaan dan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment