*SURYANI yang cedera dipukul oleh majikannya di Taman Patani Indah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETAN, SELASA,I 27 November, 2012: Polis menyifatkan kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Patani Indah di sini selesai berikutan tertangkapnya dua beranak di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, suspek berusia 61 dan 29 tahun yang merupakan majikan kepada mangsa itu kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
"Polis telah bertindak segera selepas menerima maklumat daripada orang awam dan kami sendiri mengambil inisiatif membuat laporan dan memulakan siasatan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
"Susulan daripada itu, dua beranak berkenaan ditahan di rumahnya pada pukul 7.30 malam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera dan pukul diselamatkan selepas mangsa melarikan diri dari rumah majikannya di sini kelmarin.
Mangsa, Suryani, 24, ditemui jiran majikannya itu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kira-kira pukul 12 tengah hari.
Suryani yang memasuki negara ini melalui agensi pekerja asing mendakwa dipukul di kepala, tangan dan muka kerana dikatakan tidak mematuhi arahan majikannya untuk bangun pagi.
Menurut Khalil, siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul dengan kayu mop di bahagian anggota badan dan mukanya.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia bekerja dengan majikan berkenaan sejak April lalu dan sering dipukul sejak dua minggu lalu.
"Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan mata kiri selain sakit dada dan punggung," katanya.
Beliau berkata, polis juga telah memperoleh laporan perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat hentakan benda tumpul.
"Namun begitu, kita perlu menjalankan siasatan rapi termasuk mengambil keterangan daripada majikan dan agensi pekerja asing serta jiran-jirannya," katanya.
Ditanya tentang keadaan Suryani, Khalil berkata, pembantu rumah itu kini dalam perlindungan polis.
"Selain itu, kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pejabat Konsulat Indonesia di Pulau Pinang dan mereka telah menghantar seorang pegawai bersama seorang lagi atase polis ke sini. Hasilnya, pegawai Konsulat berpuas hati dengan siasatan yang kita jalankan," katanya.
Beliau juga menasihatkan media dan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung kes tersebut kerana berkemungkinan menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.
"Kes ini adalah terpencil dan jarang berlaku di negara ini," katanya sambil menasihatkan majikan sentiasa menghormati hak-hak asasi manusia dan tidak bertindak melampaui batas undang-undang. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment