My Add

Tuesday 27 November 2012

Kelantan diminta hentikan penguatkuasaan perundangan terhadap bukan Islam

KOTA BHARU, ISNIN, 26 Novemver, 2012: Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) meminta kerajaan Pas Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang Islam yang dikenakan terhadap bukan Islam di negeri ini sehingga kajian secara terperinci dilaksanakan.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, perkara itu bagi memastikan keadilan dan hak bukan Islam tidak diganggu seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya dalam Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini.

Beliau berkata, kebanyakan undang-undang kecil yang digubal pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa.

“Kajian perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua pihak apatah lagi kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada 1990-an dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Kenyataan Karpal tidak berasas - Fatah

KOTA BHARU: Pas Kelantan menyifatkan gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti itu menyelesaikan beberapa isu yang timbul seperti hukum hudud dan air mentah sebagai tidak berasas kerana semuanya telah diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, isu tersebut tidak berbangkit sama sekali dan sepatutnya fokus diberikan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, rakyat negeri ini juga sudah melihat dengan jelas gerak kerja dan kesungguhan kerajaan Pas Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Isu ini sebenarnya tidak berbangkit. Isu air sudah selesai sejak Ramadan lalu, begitu juga dengan hukum hudud iaitu telah ada kesepakatan di peringkat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment