My Add

Tuesday 13 November 2012

Kementerian Luar pandang serius kes warga Indonesia dirogol polis

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 November, 2012: Kementerian Luar memandang serius kes seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Pulau Pinang Jumaat lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya telah menghubungi polis Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat lanjut kes tersebut.

``Kementerian Luar akan terus membuat susulan terhadap perkembangan kes itu dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan kes tersebut sudah 95 peratus selesai.

Menurutnya, sehingga kini polis telah merekodkan keterangan daripada 10 saksi dan kertas siasatan akan diserah kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau memberi jaminan kes itu akan disiasat secara telus tanpa melindungi pihak-pihak tertentu dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mempercepatkan siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment