My Add

Tuesday 13 November 2012

Ucapan Sultan `tempelak' kerajaan Pas Kelantan

KOTA BHARU, ISELASA 13 November, 2012: Titah ucapan Sultan Kelantan yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak meminggirkan negeri ini daripada arus pembangunan merupakan `tempelak' kepada kerajaan Pas negeri.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, selama ini kerajaan Pas Kelantan sering melemparkan pelbagai tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri ini.

Beliau berkata, titah ucapan Sultan Muhammad V itu yang turut menegur kerajaan Pas dalam pelbagai perkara, adalah amat tepat pada waktunya kerana baginda sememangnya sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Itu tempelak kepada kerajaan negeri, sebab hakikat sebenarnya Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan rakyat Kelantan, kalau menganaktirikan rakyat kelantan dari awal lagi Kerajaan Pusat tidak peduli dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program tinjauan mesra cakna rakyat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment