My Add

Sunday 25 November 2012

Kerajaan Pas Kelantan digesa selesaikan kekeliruan

PULAU PINANG, SABTU, 24 November, 20122: Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Kerajaan Pas Kelantan supaya menyelesaikan segera kekeliruan yang timbul apabila undang-undang Islam turut dilaksanakan terhadap orang bukan Islam di negeri itu.

Karpal berkata, sebelum ini Pas bertegas pelaksanaan undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja seperti yang diperjuangkan menerusi hukum hudud.

"Kejadian di Kelantan telah menyebabkan orang ramai khususnya bukan Islam tertanya-tanya perkara sebenarnya yang berlaku di sana.

"Sebelum ini, Pas bersungguh-sungguh mengatakan undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting yang terpaksa membayar 11 saman yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment