My Add

Sunday 25 November 2012

Pemecatan ahli sabotaj parti wajar

BAGAN DATOH, SABTU, 24 November, 2012: Pemecatan dua ahli UMNO dan penggantungan seorang lagi selama tiga tahun yang diumumkan oleh Lembaga Disiplin parti kelmarin adalah wajar kerana mereka mensabotaj parti sendiri, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, Lembaga Disiplin parti mempunyai bukti-bukti jelas berhubung kesalahan tersebut kerana telah mengadakan pertemuan serta memberikan surat tunjuk sebab kepada mereka sebelum tindakan diambil.

"Lembaga Disiplin UMNO tidak memandang sama ada ketiga-tiganya adalah ahli UMNO Bahagian Semporna, Sabah kerana jika didapati bersalah, tindakan tetap akan dikenakan tanpa mengira siapa atau pangkat mereka supaya menjadi pengajaran kepada ahli-ahli lain.

"Jika parti terlambat mengambil tindakan ini, ia dibimbangi akan menjadi masalah besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir Perak di Masjid al-Falah, Kampung Sungai Nipah Darat, Selekoh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment