My Add

Tuesday 6 November 2012

Konsep kesederhanaan Malaysia diterima ASEM: Najib

VIENTIANE, SELASA, 06 November, 2012: Pemimpin Asia dan Eropah menerima baik konsep kesederhanaan yang diajukan Malaysia dalam menyelesaikan konflik, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri berkata, konsep ini dimasukkan ke dalam deklarasi sidang kemuncak serta kenyataan pengerusi Sidang Kemuncak Asia Eropah (ASEM ke-9).
"Saya telah kemukakan semasa mesyuarat itu bahawa konsep kesederhanaan boleh menyumbang kepada penyelesaian konflik serta mencegah konflik pada masa depan," katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak dua hari ASEM di sini.

Najib berkata, beliau berkongsi dengan sidang kemuncak itu tentang bagaimana konflik 40 tahun di Filipina diselesaikan melalui pendekatan kesederhanaan yang dilaksankan kerajaan Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Malaysia yang bertindak sebagai pemudah cara.

"Jika semua mengambil pendekatan keras, konflik itu pastinya tidak dapat
diselesaikan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment