My Add

Tuesday 27 November 2012

Kontrak Mat Yo bersama KAFA tamat hari ini

*PENGERUSI Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan (dua dari kiri) ketika mengumumkan status kontrak penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar kecil) di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PETALING JAYA, SELASA, 7 November, 2012: Kemelut antara Norshahrul Idlan Talaha dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menemui noktah apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan kontrak penyerang kebangsaan itu bersama KAFA tamat berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Takiyuddin berkata berikutan keputusan itu, Norshahrul atau 'Mat Yo' bebas untuk beraksi bersama pasukan lain bagi Liga Malaysia 2013.

Beliau berkata, KAFA juga memaklumkan bahawa Mat Yo memberi notis supaya kontraknya bersama Kelantan, yang sepatutnya berakhir pada November 2013, ditamatkan secara sebelah pihak.

"Menurut kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak terbabit, berdasarkan perkara 8.5 kontrak pemain, pemain terbabit boleh menamatkan kontrak secara sebelah pihak.

"Tetapi pemain itu perlu membayar baki kontraknya kepada pasukan asal," katanya.

"Kami dimaklumkan kontrak Mat Yo bersama Kelantan masih berbaki setahun, jadi Mat Yo perlu membayarnya. Bagaimanapun, jumlah bayaran itu tidak dapat dijelaskan hari ini kerana masih dalam perbincangan," katanya lagi.

Takiyuddin berkata, KAFA juga memaklumkan bahawa persatuan itu tidak akan mendaftar Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada 2013, dan pemain itu boleh didaftar oleh mana-mana pasukan yang berminat mengambilnya dalam Liga Malaysia musim depan.

Norshahrul sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mewakili pasukan dari selatan tanah air, Johor selepas tiga musim bersama Kelantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment