My Add

Monday 12 November 2012

Lagi laporan polis terhadap Nurul Izzah

*SHARUDIN Ahmad (tengah) dan anggota NGO menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebagai bantahan terhadap kenyataan Nurul Izzah Anwar di IPD Kerian, Bagan Serai, Perak, kelmarin.

BAGAN SERAI, AHAD, 11 November, 2012: Pelbagai pihak terus membuat laporan polis mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu baru-baru ini.

Di Perak, empat laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini semalam mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan Nurul Izzah yang didakwa boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai, Ketua-ketua cawangan UMNO sekitar Kerian dan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Parlimen Bagan Serai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment