My Add

Saturday 24 November 2012

Laman ternakan sasar pulangan RM50 juta

*ABD. Aziz Jamaluddin (tiga dari kanan) menunjukkan lencana 'Sheriff' pada baju Mohamed Radzuan Malek (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa lain di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012: Laman Ternakan dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) menyasarkan pulangan dagangan bernilai RM50 juta sepanjang pameran itu berlangsung.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, pulangan berkenaan dijangka mencapai sasaran memandangkan penglibatan sektor swasta dan antarabangsa bagi tahun ini semakin meningkat.

"MAHA 2012 kali ini menunjukkan penglibatan sektor swasta lebih menyerlah, secara keseluruhannya lebih 200 syarikat utama menyertai laman ternakan iaitu 90 peratus daripada jumlah peserta yang mengambil bahagian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment