My Add

Saturday 24 November 2012

Kertas putih Talam tidak jawab sebahagian besar persoalan ditimbulkan

SHAH ALAM, JUMAAT, 23 November, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan pendedahan kertas putih berhubung isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebagai indah khabar dari rupa dan hanya melepaskan batuk di tangga.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, tiada maklumat baru dinyatakan dalam kertas putih tersebut selain sebahagian besar persoalan yang ditimbulkan berhubung isu Talam sebelum ini masih belum terjawab.

Selain itu kata beliau, intipati kertas putih tersebut juga sama dengan penerangan yang dibuat oleh barisan Exco kerajaan negeri semasa siri jelajah di seluruh Selangor sebelum ini.

"Apa juga soalan yang diajukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu Talam, jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga kertas putih dikeluarkan. Mereka juga berjanji segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus dalam kertas putih itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment