My Add

Saturday 10 November 2012

Lebih banyak agensi kerajaan tawar perkhidmatan di RTC Kelantan

KOTA BAHARU, SABTU, 10 November, 2012: Lebih banyak agensi kerajaan akan menawarkan perkhidmatan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan bagi memenuhi keperluan orang ramai, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata setakat ini terdapat 32 jabatan dan agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan di situ dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Penawaran perkhidmatan oleh pelbagai jabatan dan agensi di satu tempat dilihat memberi banyak kemudahan kepada orang ramai dan ia akan diberi nilai tambah mengikut keperluan," katanya kepada pemberita selepas melawat RTC Kelantan di Tunjung di sini hari ini.

Purata bilangan pengunjung ke RTC ini ialah antara 4,000 dan 5,000 orang pada hari biasa dan pada cuti umum bilangannya bertambah antara 8,000 dan 10,000 orang dan bilangannya meningkat ke antara 10,000 hingga 15,000 orang dengan adanya karnival dan program khas.

RTC Kelantan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei lepas yang turut menempatkan perkhidmatan institusi kewangan dan syarikat swasta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment