My Add

Friday 9 November 2012

Lynas rancang tambah modal selepas mahkamah benar operasi

MELBOURNE, JUMAAT, 09 November, 2012: Syarikat memproses nadir bumi, Lynas Corporation merancang untuk menambah modal selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkannya menjalankan operasi kilangnya di Gebeng.

Syarikat memohon untuk menghentikan dagangan sahamnya, sementara menunggu pengumuman butiran usaha penambahan modal, demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Penghentian berkenaan sehingga permulaan dagangan pada Selasa depan.

Lynas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi pada Khamis untuk menjalankan kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan.

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment