My Add

Friday 9 November 2012

Obama dijadual bertemu Suu Kyi, Presiden Myanmar

WASHINGTON, JUMAAT, 09 November, 2012:: Presiden Barack Obama dijadual bertemu dengan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi dan Presiden Thein Sein bulan ini dalam lawatan pertama yang dianggap bersejarah kepada Myanmar dalam meningkatkan hubungan dua hala.

Rumah Putih berkata, Obama juga akan melawat Thailand dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur di Kemboja dalam rangka lawatannya bermula 17 November ini.

Ia juga sebagai tanda bermulanya siri lawatan ke luar negara Obama selepas dipilih semula mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat, kelmarin.

Sepanjang berada di Myanmar dalam masa beberapa jam, Obama akan menekankan sekongannya kepada Thein Sein untuk melaksakan reformasi politik dan ekonomi.

Obama dijangka memberi ucapan kepada kumpulan masyarakat awam di Yangon manakala di Thailand, Obama akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra. - AFP

No comments:

Post a Comment