My Add

Friday 23 November 2012

MAHA: Laman ternakan urus niaga RM50 juta

SERDANG, JUMAAT, 23 November, 2012: Segmen Laman Ternakan, yang merupakan salah satu komponen di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012), menyasarkan mencatat urus niaga jualan lebih RM50 juta sepanjang 10 hari pameran berlangsung.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Verterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata beliau yakin jumlah itu mampu dicapai oleh pelbagai kelompok acara yang ditampilkan di laman itu seperti Pusat Dagangan Ternakan, Trade Fair, acara lelongan ternakan serta teknologi, pameran industri burung walet, industri unggas dan sebagainya.

Beliau berkata setiap hari pihaknya akan mempamerkan anggaran jumlah urus niaga yang berjaya dilaksanakan di setiap acara, termasuk nilai perolehan harian tiap acara dan nilai kontrak perkhidmatan yang dimeterai.

"Di segmen ini kami akan tonjolkan kejayaan bidang ternakan dalam negara sejak dua tahun lepas, ia bukan lagi sekadar kerjaya sampingan dengan pendapatan cari makan ala kadar saja, tapi sudah jadi industri berjuta-juta ringgit,” katanya semasa merasmikan Laman Ternakan MAHA 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment