My Add

Friday 23 November 2012

Perisian cetak rompak dirampas

GEORGE TOWN, JUMAAT, 23 November, 2012: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menyerbu sebuah syarikat perunding kejuteraan di Bayan Baru di sini dan merampas 12 salinan perisian komputer cetak rompak.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Negeri Abdul Rosik Yakub berkata pihaknya membuat serbuan terhadap syarikat berkenaan setelah menerima aduan daripada Business Software Alliance (BSA).

“Perisian cetak rompak yang dirampas itu termasuklah Adobe Photoshop, Microsoft Windows, Microsoft Office dan Microsoft Project Professional yang bernilai RM27,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya KPDNKK juga turut merampas empat buah komputer.

Seorang pekerja yang bertugas ketika serbuan dibebaskan selepas KPDNKK mengambil keterangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment