My Add

Saturday 3 November 2012

Majikan tak boleh amal diskriminasi

KUALA LUMPUR, 03 November, 2012:: Majikan di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata majikan perlu bersikap terbuka dengan tidak meletakkan syarat tertentu yang menghalang mana-mana kaum menyertai organisasi mereka.

"Sekiranya ada bukti diskriminasi berlaku, kementerian boleh mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya selepas merasmikan Perpustakaan Batu Caves di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini, semalam.

Dr Subramaniam mengulas laporan portal berita mengenai satu kajian berhubung kecenderungan majikan Malaysia memihak kepada pemohon kerja daripada kaum tertentu berbanding kaum lain.

Tambah beliau, kementerian akan meneliti asas kajian itu sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut sekiranya perlu.

Pada majlis itu, Subramaniam menyumbangkan buku kepada perpustakaan berkenaan mempunyai hampir 6,000 judul buku dalam bidang literasi bahasa Tamil dan keagamaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment