My Add

Saturday 3 November 2012

JAIS siasat Badrulamin


*DR Badrulamin (dua dari kiri) hadir bersama mereka yang ditahan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan anjuran Global Ikhwan, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Cubaan hidupkan semula Al-Arqam Pemimpin PKR disyaki terbabit kembangkan ajaran Aurad Muhammadiah

SHAH ALAM, SABTU, 03 November, 2012:: Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron akan disiasat kerana disyaki terbabit dalam kumpulan mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula alArqam.

Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berkata siasatan mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu kerana kehadirannya dalam program anjuran Global Ikhwan Sdn Bhd di Rawang malam kelmarin, menunjukkan beliau menyokong kumpulan yang diharamkan itu.

Nafi pembabitan Katanya, walaupun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan bekas Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu menafikannya, pembabitan beliau tetap akan disiasat. -BH

No comments:

Post a Comment