My Add

Saturday 24 November 2012

MCA kesal tindakan Anwar minta bantuan Australia

NIBONG TEBAL, SABTU, 24 November, 2012: MCA kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.

"Lagipun kita sudah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mantap dan boleh menangani sebarang penyelewengan. Kita juga sudah lalui 12 kali pemilihan dan ada sistem yang mantap, jadi kenapa perlu minta bantuan Australia?

"Dalam hal ini, beliau (Anwar Ibrahim) tidak sepatutnya gunakan unsur luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini dan rakyat juga mengecam tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Aspirasi Sihat di Padang Awam Jawi, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr dilaporkan berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan rakyatnya sendiri dan amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment