My Add

Wednesday 7 November 2012

Melayu bebas beragama: Anwar didesak beri penjelasan

DENGKIL, SELASA, 06 November, 2012: Wanita UMNO hari ini mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan dakwaan bahawa pakatan pembangkang akan memberi kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Melayu jika menang pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata maklumat itu juga mendakwa agama bayi tidak akan ditulis pada sijil kelahiran, sebaliknya mereka boleh memilih agama masing-masing apabila berumur 18 tahun.

"Jadi saya nak tanya Anwar selaku Ketua Pembangkang, adakah ini benar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil, di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment