My Add

Saturday 24 November 2012

Nik Aziz pertahan doa 'UMNO K.O.'

KOTA BHARU, JUMAAT, 23 November, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa doa 'UMNO K.O.' yang dibacakan adiknya Nik Razi baru-baru ini bermaksud supaya parti itu atau lebih tepat Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum.

Beliau mendakwa, ramai pihak khususnya pemimpin UMNO tersilap sangka kerana tidak faham ajaran Islam serta tidak membaca dan menghayati al-Quran.

"Sekarang orang sibuk memperkatakan doa UMNO K.O., mereka ingat kita berdoa supaya Allah turunkan bala macam banjir dan sebagainya.

"Kalau minta turun bala begitu, bukan mereka sahaja yang mati, kita pun akan mati juga, maksud doa itu agar rakyat tidak beri undi mereka (kepada BN), maka akan selesai, habislah UMNO.

"Kita mahu rakyat pilih dan pangkah gerakan Islam, inilah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW, bukan (fahaman) kebangsaan, bukannya kita nak suruh turun bala, tapi puak-puak ini tidak faham kerana dia tidak baca al-Quran," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment