My Add

Tuesday 6 November 2012

Panggilan bom adalah palsu: Polis

SHAH ALAM, SELASA, 06 November, 2012:: Pemeriksaan selama tiga jam di Kompleks Mahkamah Shah Alam tidak menemui bom seperti didakwa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman, ketika ditemui, berkata pemeriksaan dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi berikutan panggilan telefon yang diterima kakitangan mahkamah itu menyatakan bom akan meletup secara berperingkat-peringkat pada jam 9, 10 dan 11 pagi.

Katanya, kakitangan mahkamah menerima panggilan bom palsu itu pada jam 8.15 pagi manakala polis menerima panggilan mengenainya pada jam 8.25 pagi.

Beliau berkata, polis kemudian mengarahkan bangunan mahkamah dikosongkan.

Selepas pemeriksaan dibuat oleh anggota unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan Bukit Aman, polis mendapati panggilan itu adalah panggilan palsu kerana tidak menemui bahan letupan seperti didakwa.

:Sebelum itu kira-kira 300 kakitangan dan orang awam yang berurusan di Kompleks Mahkamah Shah Alam diarahkan mengosongkan bangunan selepas kakitangan mahkamah menerima panggilan bom jam 7.45 pagi tadi.

Panggilan telefon itu diterima operator daripada seorang lelaki yang meminta untuk disambungkan kepada kakitangan di bangunan pentadbiran mahkamah.

Sebaik mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar daripada bangunan.

Kira-kira jam 9 pagi, sekumpulan polis datang ke mahkamah manakala pasukan polis dipercayai unit pemusnah bom tiba di perkarangan mahkamah tidak lama kemudian. - BH

No comments:

Post a Comment