My Add

Wednesday 14 November 2012

Papa jawab dakwaan Mama

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 NovEMBER, 01: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menafikan dakwaan Majikan Amah Malaysia (Mama) bahawa kerajaan tidak jujur dalam menangani isu pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara ini.

Presidennya, Jeffrey Foo berkata, kerajaan telah mengambil pandangan semua pihak namun isu tersebut tetap berlaku disebabkan beberapa faktor seperti kos pengambilan pembantu rumah yang tinggi dan mereka lebih gemar bekerja di negara yang menawarkan gaji lebih tinggi.

"Bagi tempoh dari Disember lalu sehingga kini, hanya terdapat 90 permohonan yang diluluskan dan kira-kira 60 pembantu rumah sahaja yang datang bekerja di sini.

"Namun kita tidak menyalahkan kerajaan dalam hal ini kerana kerajaan sudah berusaha dan persatuan sanggup melaksanakan terlebih dahulu," katanya dalam sidang akhbar di Biro Pengaduan Aduan MCA di sini, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment