My Add

Monday 5 November 2012

Pemberontak tawan lapangan minyak utama Syria

DAMSYIK, ISNIN, 05 November, 2012: Pemberontak Syria mendakwa telah merampas lapangan minyak utama negara tersebut, Al-War di bandar Mayadin.

Pada masa yang sama mereka turut mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tempur kerajaan di Deir Ezzor, kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, semalam.

Pemberontak meneruskan kemaraan di wilayah timur Deir Ezzor ketika kedudukan mereka dibom oleh jet pejuang tentera kerajaan di wilayah Damsyik dan bandar utara Aleppo.

Dalam pada itu, media kerajaan melaporkan satu letupan menggegarkan kawasan berhampiran hotel Dama Rose di ibu kota Damsyik mencederakan 11 orang dan mendakwa serangan itu dilakukan oleh `pengganas’. - AFP

No comments:

Post a Comment