My Add

Tuesday 13 November 2012


Pembinaan kondominium 29 tingkat dibatal jika BN ambil alih Selangor

KUALA LUMPUR, SELASA,13 November, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan membatalkan rancangan pembangunan kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri Selangor selepas pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu bagi memastikan kompleks pekarangan Batu Caves yang mulia serta signifikan dengan masyarakat Hindu tempatan dan luar negara tidak terancam serta akan terus terpelihara.

“Saya beri jaminan pada Hari Deepavali ini, kerajaan BN memang sentiasa menepati janji," katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment