My Add

Tuesday 13 November 2012

Lelaki maut digilis lori

SEREMBAN, SELASA. 13 November, 2012: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum badannya digilis lori dalam satu kejadian di jalan besar Taman Bukit Galena, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Lee Kuan Yew, 48, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari Taman Bukit Gelena menuju ke rumahnya di Taman Mutiara Galla.

Beliau berkata, ketika tiba di satu selekoh mangsa dipercayai melanggar satu lubang di jalan berkenaan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.

"Sebuah lori yang berada di belakang mangsa tidak sempat menggelak lalu melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu lori berkenaan yang berusia 40-an kemudian telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment