My Add

Saturday 17 November 2012

Pemimpin Pas ghairah pita rakaman wartawan

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Ketika Pas masih gagal menerangkan kepada rakyat maksud negara berkebajikan, sesetengah pimpinannya pula didakwa lebih ghairah dengan 'mikrofon dan pita rakaman wartawan' sehingga mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Perwakilan Perlis, Yaakob Abu Seman berkata, pimpinan Pas sepatutnya mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sebarang percanggahan akan menyusahkan pekerja parti dalam menerangkan semula kepada masyarakat.

"Kami harap janganlah memeningkan kepala jentera di bawah untuk menerangkan isu yang berbangkit akibat kenyataan media pimpinan.

"Jangan terlalu ghairah dengan mikrofon dan pita rakaman wartawan. Macam isu Nurul Izzah (Anwar), bila ada pimpinan yang ambil sikap menunggu mengumpul maklumat terlebih dahulu itu adalah lebih baik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment