My Add

Wednesday 14 November 2012

Pemimpin pembangkang Syria bersatu

*MOUAZ (dua dari kiri) dan Ketua Majlis Kebangsaan Syria, George Sabra (kanan) berjalan keluar dari bangunan ibu pejabat Liga Arab di Kaherah, kelmarin. - AFP

KAHERAH, SELASA, 13 November, 2012: Pemimpin pembangkang baharu Syria, Mouaz Alkhatib, yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Arab, semalam melancarkan usaha untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai kerajaan baharu selepas Presiden Bashar al-Assad tumbang.

Barat dan negara-negara Arab yang memusuhi Assad berharap pembentukan Gabungan Kebangsan Syria bagi Pasukan Bersenjata Kumpulan Pembangkang dan Tentera Revolusi Syria itu dapat menyatukan pembangkang di negara berkenaan.

Bekas imam Masjid Damsyik itu terbang ke Kaherah untuk mendapatkan restu daripada Liga Arab selepas pembentukan gabungan baharu tersebut, sehari selepas beliau sebulat suara dipilih mengetuai kumpulan pembangkang Syria. -Agensi

No comments:

Post a Comment