My Add

Sunday 18 November 2012

Pendirian Hadi 'longgar

*MOHD. Shafie Apdal meninjau Stesen Elektrik dan Air Penggalak, Pasai Siong di Sibu selepas merasmikan stesen itu semalam. Turut hadir Joseph Entulu Belaun (tiga, kanan), Yussoff Dohab (kiri) dan Setiausaha Bahagian Infrastruktur kementerian, Ahmad Zubir Abd. Ghani (dua dari kiri).

SIBU, SABTU, 17 November, 2012: Pendirian pimpinan Pas khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang hudud adalah longgar sehingga parti itu sanggup 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan DAP dalam isu berkaitan hukum berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, perkara itu menunjukkan bahawa hukum hudud hanyalah modal Pas untuk meraih undi orang Islam kerana parti itu jelas tidak konsisten apabila memperkatakan tentangnya.

Sedangkan katanya, dalam Islam tiada istilah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan jika sesuatu perkara adalah hukum agama, tidak boleh diubah mengikut selera sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment