My Add

Tuesday 13 November 2012

Penduduk kesal konsert anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang

PULAU PINANG, ISNIN,12 November, 2012: Satu konsert berskala besar anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendapat tajaan RM3 juta daripada sebuah syarikat arak terkenal di Batu Feringgi Sabtu lalu mengundang reaksi negatif penduduk setempat.

Ini kerana, menurut mereka, konsert yang mempromosikan jenama minuman keras itu tidak seharusnya dianjurkan di pantai milik awam kerana hanya akan menganggu keselesaan penduduk dan mengundang banyak kesan buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim berkata, rata-rata penduduk kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert tersebut.

"Jarak tempat pentas konsert didirikan kurang 500 meter sahaja dari Masjid Ar-Rahman, Batu Feringgi malah di kawasan itu terdapat tiga perkampungan Melayu iaitu Kampung Mutiara, Kampung Sungai Satu dan Kampung Din Banbo," katanya.   UTUSAN.

No comments:

Post a Comment