My Add

Tuesday, 13 November 2012

Beri gambaran buruk kepemimpinan ulama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Pendirian Dewan Ulama Pas yang menyerahkan kepada orang ramai menilai kenyataan Naib Presiden Pas, Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama amat mengejutkan memandangkan isu tersebut berkaitan akidah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pendirian itu bukan sahaja mencalarkan imej dewan tersebut malah memberi gambaran buruk terhadap Pas yang selama ini menjunjung konsep kepimpinan ulama.

Beliau berkata, sebagai dewan yang membariskan para ulama, mereka sepatutnya menyatakan pendirian tegas serta menegur Nurul Izzah bagi mengelakkan berlakunya fitnah dalam agama.

"Apa yang dilakukan Nurul Izzah ini sememangnya merupakan fitnah dalam agama. Fitnah bukan setakat membuat tuduhan tidak betul, bahkan melakukan tafsiran salah, melakukan penyelewengan, menimbulkan huru-hara atau melakukan pembohongan terhadap al-Quran juga adalah fitnah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment