My Add

Monday 12 November 2012


Perbankan tanpa cawangan BSN RM200j


Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH, SABTU, 11 November, 2012; Perkhidmatan perbankan tanpa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi ejen bank berdaftar di seluruh negara merekodkan transaksi mencecah RM200 juta sejak ia dilancarkan Januari lalu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata, perkhidmatan melalui 2,357 ejen berdaftar BSN di seluruh negara itu melibatkan pelbagai transaksi termasuk deposit, pengeluaran wang, pembayaran bil utiliti serta pembelian Sijil Simpanan Premium (eSSP).

“Oleh itu, pada tahun depan, kita menyasarkan penambahan bilangan ejen bank berdaftar sehingga 4,500 iaitu setahun lebih awal daripada yang kita sasarkan sebelum ini. Hujung tahun ini, kita jangka angka itu mencecah sehingga 3,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment