My Add

Monday 12 November 2012

Kerajaan PKR Selangor didakwa tidak bertanggungjawab

*PENDUDUK Pangsapuri Permai membuat demontrasi aman menuntut hak air percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor di Damansara Damai, dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 November, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan tidak bertanggungjawab kerana gagal menunaikan janji pemberian air percuma kepada seluruh rakyat negeri itu sejak mentadbir hampir lima tahun lalu.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Permai, Damansara Damai di Sungai Buloh, Mohammad Fauzi Md. Shapaie berkata, kerajaan negeri sepatutnya profesional melaksanakan janji-janji yang telah ditaburkan kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, kegagalan kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu terserlah apabila ada lagi rakyat negeri itu yang belum menerima air percuma. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment