My Add

Friday 9 November 2012

Perkasa saran tubuh Teraju Johor pantau projek RAPID

NUSAJAYA, JUMAAT, 09 November, 2012: 9 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyarankan kerajaan negeri menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Johor bagi memantau pengagihan kontraktor bumiputera dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, penubuhan Teraju Johor amat penting supaya pembabitan kontraktor bumiputera khususnya anak tempatan tidak dipinggirkan dalam projek mega berkenaan.

"Dengan adanya Teraju Johor yang berfungi seperti Teraju yang diwujudkan di peringkat Pusat, saya yakin ia boleh membantu memantau dan memilih kontraktor tempatan dalam pembangunan RAPID di Pengerang.

"Ia juga bukan sahaja khusus untuk projek RAPID Pengerang, malah boleh memainkan fungsi yang sama dalam pembangunan di Iskandar Malaysia serta seluruh negeri ini. Ini bagi memastikan kontraktor bumiputera tempatan terlibat sama dalam pembangunan negeri yang semakin pesat kini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment