My Add

Saturday 24 November 2012

PERKASA selar PKNS jual aset kilang IKS, aniaya bumiputera

SHAH ALAM, JUMAAT, 23 November, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor menyelar tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa hanya mementingkan keuntungan sehingga lari daripada matlamat asal membantu golongan bumiputera di negeri ini.

Merujuk penjualan lapan lot kilang di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Bandar Sultan Sulaiman, Klang yang didakwa dijual PKNS kepada syarikat bukan bumiputera, Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan itu tidak wajar dan tidak mencerminkan peranan sebenar PKNS dalam mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.

Kata beliau, jika benar penjualan itu berlaku, perkara tersebut sudah pasti suatu kerugian besar kepada usahawan IKS bumiputera yang selama ini bernaung di bawah PKNS yang merupakan satu-satunya entiti yang diharapkan membantu mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment