My Add

Saturday 24 November 2012

RISEC peringkat kebangsaan dilancarkan

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 23 November, 2012: Kelab Usahawan RISDA (RISEC) peringkat nasional bagi meningkat dan mengukuhkan penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi akan dilancarkan esok serentak dengan penutupan Karnival Usahawan RISDA 2012 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Pelancaran bakal disempurnakan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

RISEC peringkat nasional yang menyatukan 13 kelab di peringkat negeri bertujuan untuk membina jaringan kerjasama dalam kalangan usahawan pekebun kecil di samping mewujudkan pelan pelaksanaan pembangunan yang lebih terancang dan sistematik.

Sehingga kini, daripada 5,000 usahawan dalam kalangan pekebun kecil yang berjaya dilahirkan, 1,800 telah menjadi ahli kelab berkenaan dan mereka akan terus dibimbing sehingga produk memasuki pasaran global. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment