My Add

Wednesday 28 November 2012

Perwakilan berbaju merah tanda sedia "berperang"

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 201: Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 tampak lebih garang dengan memakai baju merah, menandakan kesiapsiagaan yang maksimum serta semangat berkobar-kobar untuk berjuang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Hari ini kami pakai baju merah... ini petanda kami nak pergi berperang, perang demi kebaikan dan kebajikan rakyat," kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Bercakap kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau berkata pada perhimpunan kali ini juga, perwakilan akan mengimbas kembali kejayaan kerajaan sepanjang tiga tahun diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk program transformasi nasional, gagasan 1Malaysia dengan berpuluh produk 1Malaysia, dan banyak lagi idea baharu seperti klinik 1Malaysia, perumahan rakyat 1Malaysia sejajar dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Ahmad berkata pada perhimpunan agung ini, kepimpinan parti ingin mendengar pandangan perwakilan untuk mengetahui perkara yang boleh diubah dan diperbaiki demi kebaikan parti.

"Kita tidak kata kita sempurna, jadi kita bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Ahmad berkata UMNO akan terus relevan dan diterima rakyat kerana kepimpinan yang ada sekarang sentiasa menekankan kebajikan mereka.

"Selagi kita menjaga rakyat, selagi itulah rakyat akan mendukung kita...

kebajikan rakyat sentiasa didahulukan dan selagi perkara itu dilakukan, kerajaan yang ada akan terus diterima rakyat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment